Lesbian identity is a positive action - loving and honoring women - not a negative or avoidance - the rejection of men - as many unknowing assume. Lesbian identity is about creating a life-bond with a woman, which in turn creates love, pride and strength within every aspect of our lives - not just what we share in the bedroom. 19thNov2005
(18 Okt 08)
Dr.Ismail Thamby
“Gay bukan penyakit”
INDIVIDU homoseksual, baik lelaki atau perempuan, mempunyai naluri atau minat berciri seksual kepada kaum sama jenis. Untuk lelaki, istilah digunakan ialah ‘gay’ manakala perempuan dikenali sebagai ‘lesbian’.
Kadangkala istilah ‘queer’ digunakan kepada individu yang menunjukkan minat kepada kaum sejenis walaupun mereka menafikan. Ia satu tindak balas biasa apabila mereka terasa diri mereka mendapat perhatian kawan.
Seorang pembaca bertanya saya, apakah cara terbaik untuk mengubat lelaki homoseksual, terutama yang pernah berasmara dengan lelaki gay lain dan langsung tiada keinginan pada wanita.
Malangnya, keadaan dialami mereka bukan satu penyakit. Ia lebih kepada perasaan kendiri individu itu memilih pilihan naluri kepada kaum sejenis. Jadi, tidak hairan jika mereka mendapati mereka langsung tiada tarikan kepada kaum yang berlainan jenis.
Walaupun mereka mencuba dan kadangkala melakukan perbuatan yang terlanjur dengan individu kaum bukan sejenis dengan tujuan mengetepikan naluri mereka kepada sesama lelaki, mereka masih kekal dengan pendirian seronok dengan kaum sejenis.
Ada juga di kalangan mereka boleh bergaul dan berintiman dengan kaum bukan sejenis dan mereka dikenali sebagai ‘biseksual’. Pasangan mereka akan rasa diri dipergunakan apabila tahu perangai mereka kerana pasangan mereka bukan jenis begitu!
Kedua-dua situasi sedemikian iaitu homoseksual dan biseksual adalah keadaan yang tidak diterima masyarakat umum walaupun boleh diterima sesetengah kawan dan individu yang simpati kepada mereka. Mereka yang bersifat begitu akan dicemuh.
Jadi mereka terpaksa mendiamkan diri saja sambil meneruskan naluri pilihan mereka dalam keadaan berperasaan serba salah.
Tiada rawatan untuk keadaan dialami ini, kecuali dia mengawal perasaan minatnya dengan tidak bermain cinta, menjauhi individu kaum sejenis yang diminati dan tumpukan perhatian kepada kerjaya atau aktiviti kemasyarakatan disamping mendekatkan diri pada agama.
Mungkin mereka boleh berubah, tetapi ini hanya melalui kesungguhan usaha mereka sendiri.
Untuk pembaca weblog 'LAUTKU' diingatkan bahawa karya berjudul 'CINTA SI LAUT' yang ditulis oleh aku yg bernama Laut mengisytiharkan semua watak (termasuk rama-rama dan serangga-serangga lain) dan semua kejadian serta tarikh adalah tidak ada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia, jadi jangan ada yang nak menyaman aku. aku dah pesan ni ye! (Karya di blog ini mulai dicatat pada 19thNov2005. entri akan dipadam dari semasa ke semasa sehingga pada satu masa yang tidak diketahui sesiapa termasuklah si Laut ini sendiri..boley?)
Artist : Jamilul Hayat Song : Gelora Cintaku
Pelabuhan di laut sepi Tiada teman mengukir janji Tiada badai menggoncang hati Terapunglah ku sendiri
Kian lama ku mengharapkan Badai dan taufan menghantar teman Menghempas kalbu mengerah rindu Membangkitkan GELORA CINTAKU
Aku hanya pelaut yg malang Tak berteman tiada haluan Hanya ada mimpi dan khayalan Mencari sang duyung Nasib tak beruntung Bahtera ku karam Di larut malam
Sesekali hinggap sang camar Membawa khabar sedih rasanya Tiada gadis duduk setia Menunggu pulang pelaut malam
Pelabuhan di laut sepi Tiada teman mengukir janji Tiada badai menggoncang hati Biarkanlah aku menyendiri