Saturday, September 04, 2010
Posted at 01:18 by laut
Permalink
Friday, March 05, 2010
best dapat menitip biarpun secoret kata saja, cukuplah buat tatapan sendiri di dada blog peribadi ini. lama juga tidak menulis dan melontarkan bicara bisu di sini. ingin aku membiarkan soalan yang bermain di minda, soalan tidak ilmiah. nanti, perlu kah mengilmiahkan blog bebas setelah setiap hari kita bergelumang dengan pekerjaan serius. minda kita perlu kosong ketika rehat dan bersantai. setuju? ok, kembali menyoal perkara yang tidak ilmiah..err kenapa gigi bawah Datuk Khatijah Ibrahim nampak..ops!
aku rindu mendengar suara dia mengalunkan lagu-lagu popular dia dulu.
Posted at 15:10 by laut
Permalink
Tuesday, November 10, 2009
Aku pernah beri peluang dia mengenali aku. Cukup setahun. Dalam setahun itu jua aku berkali-kali terluka. Tersinggung. Tidak pula maksudku kesalahan itu dari dia. Tidaklah. Dia kurang mengerti duniaku. Barangkali dia dari dunia satu lagi. Cuba menyelami duniaku namun tidaklah difahami selok belok jalan hidupku. Jalan konyol barangkali fikirnya. Tidak sehala dengan saraf akalnya. Jadi aku mengambil sikap menutup deriaku sendiri seterusnya kubiar saja dia lewat pergi. Biarpun aku sendiri terasa benar gersik dingin terasing dari dia. Biarkan saja. Sebelum dia hadir pun, begitulah aku. Sekarang aku kembali ke daerah itu lagi. Seakan berpijak dalam lumpur di lorong gelap. Tercari-cari sesuatu yang boleh digapai untuk ketawa dan rasa sakit bersama. Pada masa itu, alangkah baiknya jika dia ada. Aku tidak mahu menunggu tetapi terasa saat-saat berlalu bagai melenguhkan. Tidak ada klimaks.
Sekarang kami sama-sama cuba mengisi masa masing-masing. Moga dia ketemu apa yang dia cari. Nanti dia bahagia dan kaya, mungkin dia lupa terus aku. Mungkin juga dia ada datang menjengah. Mungkin saja. Aku tetap begini. Memiliki hati yang samar dibaca orang. Jangan salahkan aku kerana aku tidak memerlukan kekecohan hetero yang terlalu ramai berlagak bagus. Cukuplah aku dalam lingkaran kesepian yang tidak ada penghujungnya. Kalau datang keseronokan, hanyalah sapaan sementara. Tidak mampu aku jamahpun. Nanti dia pergi bak perginya pelangi di angkasa. Nanti sampai masanya, si pelangi mengetuk pintu rumahku lagi. Kalau aku dengar, tentu akan aku bukakan. Sampai bila? Aku tidak mahu tahu.
Posted at 15:48 by laut
Permalink
Monday, November 09, 2009
salam.
penulis berpendirian untuk tidak lagi dipaparkan di entri ini berkenaan sambungan cerita Laut. cukuplah drafnya menjadi simpanan peribadi sendiri. namun, penulis akan sentiasa hadir di sini lambat laun untuk menitipkan kata-kata seputar yang berlegar dalam minda. soal kehidupan yang harus penulis tempuhi. soal perasaan yang sedang dititi sehari-hari. penulis rindu blog ini. ya sudah lama ditinggalkan sendiri tanpa ukiran catatan dari sanubari.
buat hari ini, sekian dulu.
Laut.
Posted at 15:50 by laut
Permalink